Sains & Math dalam B.Inggeris ?

Ya wajar diteruskan
Perlu kajian semula
Tidak wajar diteruskan
No Komen
  
Free polls from Pollhost.com
New Page 2
Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

 

 

 

 

Minum teh di ruang tamu rumah us.Basit

 

 

 

 

 

 

 

 

Jejantas di muzium Sarawak

Bangunan yang menjadi mercu tanda DBKU

Tak pasti pulak di belakang tu gunung Santubong atau Matang

Bergambar dengan Us Jas. di Water Front selepas maghrib

Che Wan Azhar (kanan) bersama rombongannya

Cikgu Roslan dalam bot, yang tengah tu terasa macam mimpi.

Bersiap-siap nak naik feri

Macam-macam ada

Terima kasih daun keladi buat Kak Jah

Kembali

 

REHLAH KE SARAWAK

            Tarikh 21-24 Ogos 2005 yang lalu adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh webmaster dan sahabat-sahabat guru.

            Setelah tiga bulan merancang, kami akhirnya dapat mengunjungi sahabat baik kami di sana, Ustaz Mohamad Ismail, di Kuching, Sarawak dengan penerbangan Air Asia (Tiket penerbangan ditaja oleh Encik Wan Azhar Wan Ngah). Us Mohamad telah mendapat tawaran JQAF. Beliau kini sedang berkursus di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching.

Peserta rombongan terdiri dari:-

Haji Faridzul Izan Mohd Norawi – Ketua

Tuan Haji Mohd Nasir Abdul Malek – Pengetua

Ust Shamsuri Shamsudin – JAIP

Ust Jasrifudin Puteh – JAIP

Ust Sarif bin Mf Yusof – Guru PIBG

Cikgu Hamzah Zulkifli – JPN

Cikgu Roslan Ismail – JPN

En Koderi Mat Alim PRA

Dua malam di Kuching, kami menetap di rumah sahabat lama kami, Us. Abdul Basit bin Jabar yang menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching.

Kami mengambil kesempatan melakukan beberapa trip sebaik sahaja menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang ini.

Kami menggunakan sepenuhnya tarikh 22 Ogos dengan membuat lawatan sekitar Kuching. Sasaran pertama adalah Muzium Sarawak. Muzium Sarawak menempatkan koleksi artifak Borneo yang sangat komprehensif dan memiliki cita rasanya yang tersendiri mengenai Borneo dan penduduknya. Bahan pamerannya berupa koleksi syiling, alat senjata, pakaian, tembikar, ukiran, tekstil, barang-barang  perhiasan dan pelbagai artifak seni, budaya dan sejarah.

            Kami juga berkesempatan melawat muzium Islam Sarawak yang terletak berhampiran.

            Dari muzium, kami terus ke Dewan Bandaran Kuching Utara (DBKU) yang terletak di tanahyang agak tinggi, sambil melihat panorama sekitar Kuching. Majoriti penduduk di Kuching Utara ini adalah Melayu Islam.

            Kemudian kami menyusur keluar ke Dewan Bandaran Kuching Selatan (DBKS). Ia terletak di kawasan yang agak padat di Selatan Kuching. Majoriti penduduk di sini adalah peniaga-peniaga China.

            Destinasi seterusnya adalah India Street, tempat membeli belah yang terkenal. Walaupun kami terlepas hari Ahad, iaitu hari pekan sehari yang paling meriah, kami masih berpeluang mencari ole-ole yang tidak terdapat di Semenanjung ( atau Malaya mengikut sebutan orang di sini).

            Dari India Street, kami ke Water Front (tempat ni kalau tak pergi tak sah rukun ke Sarawak). Water Front adalah kawasan pelancungan dan perniagaan yang agak eksklusif.

            Perut dah lapar, hari dah pukul 3 petang, kami terus ke Satok, cari makan yang terjamin halal.

            Di sini orang tak faham bila minta air kosong atau air putih selepas makan. Mereka panggil skyjuice. Nak order sirap ke… limau nipis ke… kena hati-hati. Cikgu Roslan dah kena.

            Hari Selasa, jam 8.30 am, 23/08/2005 kami berangkat ke Sibu dengan bot. Cadangan untuk singgah di Sarikei terpaksa dibatalkan kerana masa agak suntuk. Tambangnya adalah RM35.00 jika ke Sarikei dan tambah RM10.00 lagi untuk ke Sibu (kelas pertama). Jarak perjalanan darat dari Kuching ke Sibu lebih dari 400 km. Namun dengan bot, kalau ikut jadual 4 jam sahaja.

Tetapi perjalanan kami kali ini memakan masa lebih kurang 6 jam. Bermula dengan menyusur keluar dari Sungai Sarawak hingga ke laut. Selepas 4 jam, kami tiba di Sarikei. Dari Sarikei memakan masa lebih kurang dua jam lagi untuk ke Sibu.

Bergambar di jeti

Di atas bot menyusur keluar melalui sungai

Tiba di Sibu pada jam 2.30 petang, perut terasa lapar. Sebuah van muat sepuluh orang sedang menanti dengan drivernya, Kak Jah (Mungkin Hafizah atau Khadijah, orang Melanau.).Beliau adalah jiran Ustaz Ishak, suami Ustazah Samrah yang menetap di Sibu. Sebelum lepak di rumah Us Ishak, kami minta kak Jah cari kedai makan. (Punyalah payah nak cari makan kedai halal di Sibu ni).

            Di rumah Us Ishak, kami rasa lega dapat melepaskan penat lelah berjalan. (Rumahnya di kawasan perumahan di Sibu Jaya. (Tak jauh dari airpot Sibu.

Bersama pengetua di rumah Ustazah Samrah

 

 

Sebelah petang tiada aktiviti. Sebelah malam kami diziarahi oleh jiran Us Ishak yang dikenali dengan nama Cikgu Ali. Beliau orang Melanau. (Ya Allah! Punyalah peramah dan penceloteh, macam pasang radio empat channel serentak. Minta maaf Cikgu Ali, Cikgu memang peramah dan kami suka celoteh cikgu.)

Aktiviti kami di Sibu bermula pada pagi hari  terakhir kami di Sarawak. Sekali lagi Kah Jah membawa kami dan kali ini kami ke Durin. Tempat yang terkenal dengan kraftangan dengan harga murah (sebenarnya kami terkilan kerana tak sempat melawat tempat tembikar di Kuching, kerana menyangka hanya tembikar yang dijual.)

            Untuk sampai ke Durin di Batang Rajang, harus menyeberangi sungai Rajang yang warna airnya macam air teh tarik. Pencemaran sungai akibat penebangan balak telah menyebabkan sungai tercemar.

            Satu-satunya jalan untuk ke seberang adalah dengan menaiki feri kerana jambatan yang terpanjang di Sarawak itu masih dalam pembinaan.

Tambang untuk sebuah kenderaan RM 1.00 sahaja. Pejalan kaki, percuma. Kami letak kenderaan di seberang dan jalan kaki naik feri. Jualan kraftangan sangat murah. Rasa nak beli semua, tapi nak bawak……?

            Perjalanan terakhir kami di Sibu seteruasnya adalah ke bandar Sibu. Lebih kurang 15 kilometer. Kami singgah di pasaraya yang terkenal dengan nama Jun Rong. Jualan murahnya sangat hebat. Boleh dapat sehelai seluar tidur dengan harga RM1.50.

            Terasa letih dan lapar kami makan di gerai orang Islam yang bernama Restoran Tawakkal.

            Perjalanan kami telah sampai ke penghujungnya. Kami balik berehat kerana kami akan menaiki penerbangan malam pada jam 9.25.

            Setelah packing, bagasi kami menjadi dua kali ganda. Sekali lagi kah Jah menghantar kami ke Airpot Sibu.

            Kami tiba di KLIA pada jam 11.15 malam dan dijemput oleh kakitangan PAID Jengka. Alhamdulilah, kami tiba di Bandar Jengka pada jam 3.30 pagi.

            Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu memudahkan perjalanan ini. Kepada sahabat-sahabat guru yang lapan orang ni, siap-siapkanlah pasport antarabangsa. Ada rezki, ada kelapangan, kita akan terbang lebih jauh lagi. Ma'asSalamah…