SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU

SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2006

1    Borang kemasukan boleh didapati di semua Sekolah Menengah Agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang atau Pejabat Agama Daerah. (Biasanya dikeluarkan pada akhir bulan Ogos).

2    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke sekolah yang mengeluarkan borang tersebut, atau sekolah yang dipilih. ( Sebagai contoh, jika ibubapa berhajat untuk mendaftarkan anak mereka di Ma'ahadSAS mereka dikehendaki mengembalikan borang tersebut ke Bahagian Pendaftaran Ma'ahadSAS.

3    Borang permohonan tersebut hendaklah dilengkapkan dengan perkara berikut:-

3.1    Salinan keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR yang telah disahkan.

3.2    Salinan Surat Beranak/Sijil kelahiran

3.3    Fotokopi Kad Pengenalan Ibubapa.

3.4    Salinan sijil-sijil ko-kurikulum (jika ada)

3.5    Bayaran RM2.00 (Harga setem dan sampul surat )

4    Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

5    Pemohon akan menjalani peperiksaan dan ujian pada hari Temu Uji  yang ditetapkan dan ianya berjalan serentak di semua sekolah-sekolah menengah Agama di negeri Pahang pada 09/10/2005.

 

JENIS-JENIS UJIAN

6.1    Peperiksaan Bertulis (Pendidikan Agama Islam) selama 1 jam 30 minit. Subjek peperiksan adalah meliputi :-

a-    Feqah

b-    Aqidah

c-    Sirah

d    Akhlak

e-    al-Quran (Tajwid)

f-    Tulisan Jawi

6.2    Ujian Lisan yang merangkumi perkara berikut:-

a-    Bacaan (tilawah) al-Quran ( pelajar yang uzur diberi teks pilihan)

b-    Bacaan Jawi

 

FORMAT MARKAH

Pemarkahan dikira berdasarkan item berikut :

1    Keputusan Percubaan UPSR    ( 30 markah )

2    Pendidikan Agama Islam ( 20 markah )

3    Tulisan Jawi ( 10 markah )

4    Bacaan al-Quran ( 25 markah )

5    Bacaan Jawi ( 15 markah )

Pemohon akan dihubungi melalui surat. Jika pemohon tidak menerima apa-apa jawapan sehingga penggal persekolahan bermula, ia dianggap tidak berjaya.

 

BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN 2006

(Dalam RM )

A

Bayaran Sekolah

Tkt 1 TKt 2 Tkt 3 Tkt 4 Tkt 5

1

Yuran sekolah

25 25 25 25 25

2

Peperiksaan Dalaman

15 15 15 15 15

3

Majalah sekolah

10 10 10 10 10

4

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

2 2 2 2 2

5

Sukan dan Ilmiah

5 5 5 5 5

6

Kelab, Persatuan dan Badan Kebajikan

5 5 5 5 5

7

Kad Metrik

10 - - - -

8

Insuran Takaful

1.50 1.50

1.50

1.50

1.50

9

Bayaran untuk KHB

30 30 30 - -

JUMLAH

103.50 93.50 93.50 63.50 63.50

B

Bayaran PIBG

(Diurus oleh Bendahari PIBG)

Tkt 1 TKt 2 Tkt 3 Tkt 4 Tkt 5

1

Yuran Pendaftaran (ahli baru)

2 - - - -

2

Yuran Tahunan Ahli (setiap penjaga)

10 10 10 10 10

3

Kelas Bimbingan & Seminar

- - 50 50 50

4

Kelas Kelas Komputer (Setahun)

50 50 - - -
5 Tabung anak yatim (setiap penjaga) 3 3 3 3 3
6 Tabung Kelas Tahfiz (setiap penjaga) 10 10 10 10 10

JUMLAH

75 73 73 73 73

C

Bayaran Asrama

Tkt 1 TKt 2 Tkt 3 Tkt 4 Tkt 5

1

Pendaftaran (setahun)

30 30 30 30 30

2

Bayaran Makan (bulanan)

18 18 18 18 18

3

Khidmat cucian (bulanan)

7 7 7 7 7

JUMLAH

55 55 55 55 55

JUMLAH BESAR

Tkt 1 TKt 2 Tkt 3 Tkt 4 Tkt 5

Pelajar Asrama (A + B + C)

233.50 221.50 221.50 191.50 191.50

Pelajar Luar (A + B)

178.50 166.50 166.50 136.05 136.50

PAKAIAN SERAGAM